Bercuti ke Penang

Assalamualaikum buat semua ,

Bismilillahirahmanirrahim dengan memulakan perjalanan ke penang pada pukul 6 pagi abah dan mama dah perambat anak2 nya solat subuh dan bersiap dengan cepat lepastu packing barang masukkan ke dalam kereta yang paling banyak mestilah barang Daris . Emmm So excitednya! hehe kami pergi penang tak lama pun cuma 2 hari je sabtu pergi ahad petang tu balik dah . Betul rasa tak puas lagi tapi nak buat macam mana adik aku lagi 2 orang tu kan sekolah . haih sebelum bergerak ke penang kami singgah sarapan dengan tepi ktm rawang tu . die punya nasi lemak Aummm sedappp tauu ! selalu singgah situ makan kalau nak pergi mana2 . hehe

3 Hours later..

Jeng Jeng kita dah sampai Jambatan Kedua Pulau Pinang . hehe Cantik kan Pemandangan dia ?

Ok dalam masa 30 minit jugak la lalu jambatan ni . Emm panjang kan jambatan baru ni berbanding yang lama lepas Jambatan baru ni ade selekoh2 sikit kira unik la sikit lebih cantikk! hehe Of Course lah bila dah sampai penat sedikit letih kan walaupun duduk dalam kereta ? hehe so mai pekena Cendol dan Laksat Satt!


Aummm dappp gile dengan cuaca yang agak panas lepastu kita basahkan tekak dengan cendol dan laksa ni rasa sekali pasti nak lagi macam adik aku sorang tu pi order laksa lagikk . haha mai laa rasa laksa penang memang terbaik ! hehe Emmm sebelum tunggu makanan tu siap sempat lagi bergambar kat pantai bawah tu . Cantik pemandangan ! tapi sayang tengahhari kot sampai mestila panas tak terkata gambar pon muka jadi hitam tak nampak ! hahaha tapi lawaa tapi gambar tu takde . ade kat phone abah . heee :D

Dah Selesai makan tu apa lagikk gerak ar ke hotel yang ditunggu2 iaitu Hotel Residential Gurney . Paling suka Kolam diaa ! hehe nak tengok tak Bilik Air dia ?


Best kan Ade Bath Tub ? Hahaha Apa lagikkk boleh berendam lama2 dalam tu kalau tak puas mandi kolam , hehe tapi sebelum tu Aku dan Adik2 aku pergi mandi kolam dulu laa , hehe aku mmg suka mandi kolam tapi sejak dah meningkat umur ni makin perasaan malu tu ade sikit . emm yela kan kolam untuk kanak2 je , huhu 





nilaaaa kolam kanak2 kat hotel tu . hee memang ramai orang yang datang sini semata2 untuk anak dyeorg mandi kolam kat situ . heee tengok tu muka Daris dapat mandi kolam ? hahaha tapi pada kanak2 yang tak suka mandi tu atau taknak mandi . Emm bolehlaa duduk kat kids room ni 


tengokk tu siap Ade pelampung dolphine lagik , haha tak tahu la hotel punya ataupun orang luar tinggal situu , aku pon ade dolphine cemtu lagikk besar . hehe abah tak kasi bawak die kata nanti buat penuh lif je . hehe Amboii Ayish tengok Ipad ke Tv ? hahaha 

Ok ni gambar sebelum check out Hotel hari Ahad tu . Boleh tahan best jugaklah cuma aku tak sempat nak main congkak kat situ . Emm Apelagi Jom Ambik gambar ! hehe


Haaaaa tudiaaa ! hehe kenapa aku nampak gemuk sikit? hahaha Daris sorang je taknak pandang kamera . haishh sabar jelah dengan dia ni selalu macamtu ! haishh And Lastly dan Penat sangat destinasi terakhir kami singgah sebelum baik sialah Mee Udang Mak Jah ! Ok Jom tengok ! hehe



Nampak tak betapa besar udangnya . Abah kata ni udang saiz XL ni . hahaha kat tempat ni je jumpa udang besar macamni dan lagi murah kalau tempat lain mungkin tak dapat derr . hahaha dan lagi satu makanan yang tak penah aku makan dan makanan paling susah nak makan ?


Mak aihh geram sangat aku takboleh nak ambik dalam dia . haha sebab tu aku makan jadi lambat tu . hehe ni namanya siput duri tau . siapa datang situ rasa ler . rasa die kenyal2 sikit pastu cicah air asam dan sos cili boleh tahan la rasa dia . hehe lepastu kat sini banyak nasi goreng je kalau nasi dengan tomyam tu takde . emm sedihh patutnya kena lah ade macam Udang Tepung ke kan sedap ! tak semua orang nak mee or nasi goreng je kan ? lagi2 macam aku tak suka mee! hehe sebelum tu nak singgah museum 3D kat penang tapi tak berkesempatan pulak sebab jalan jammed sangat punca dia sebab ramai manusia kat penang tu bagi penghormatan terakhir kat karpal singh tu . Emm okaylaa penat dah menaip ! Thanks baca! hee sukaa g penang rasa tak cukup je 2 hari . Ok Baiii.






♥ Aireyn Ashra blogspot ♥

No comments:

Post a Comment

✿ Satu Satu sayang sayang Allah
✿ Dua Dua sayang Family
✿ Tiga Tiga sayang Orang tengah comment ni
✿ 1 2 3 sayang semuanya :)