Pengganas menyorok


Semporna: Pasukan keselamatan percaya saki-baki pengganas yang meloloskan diri daripada kejadian tembak menembak di Kampung Simunul dan Sri Jaya di sini, Sabtu lalu masih bersembunyi di daerah ini.
Polis tidak menolak kemungkinan mereka berada dalam kalangan penduduk atau mungkin melarikan diri masuk ke kawasan hutan dan ladang sawit.
Berikutan itu, Ketua Polis Daerah Semporna Deputi Superintendan Firdaus Francis Abdulllah berkata, pihaknya mengadakan kawalan ketat di setiap perkampungan, termasuk semua pulau di daerah ini dalam operasi mengesan pengganas terbabit, termasuk dalang dan pemberi maklumat mereka.

“Kita menggerakkan semua pegawai dan anggota dari Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Komando VAT69 untuk mengesan sebarang aktiviti mencurigakan serta menyiasat setiap laporan penduduk berkaitan perkara itu.
Foto
Kanak-kanak  melambai kepada pasukan keselamatan yang membuat rondaan di kampung mereka di Semporna, semalam.

“Selain itu, kawalan turut membabitkan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di kawasan perairan terutama pulau didiami penduduk tempatan dan kawasan yang menjadi tumpuan pelancong seperti di Sipadan, Mabul dan Mataking,” katanya pada sidang media di sini, semalam.


♥ Aireyn Ashra blogspot ♥

6 comments:

  1. semoga mereka dpt dihapuskan dari sabah.

    ReplyDelete
  2. Semoga allah permudahkan segalan urusan tentera kita..amin

    ReplyDelete
  3. semoga masalah ini dapat diselesaikan dengan selamat.

    ReplyDelete
  4. Arjuna : mmg ganas sngt , huhu
    Husna : harap2 sngt semoga dipercepatkan
    Nieyxzha : Insyaallah , AMin ;)

    ReplyDelete
  5. barulah nak askar2 bagai..lau x pihak polis jek yg memerangi musuh ritu..

    tp siyes kenderaan 4roda tu cun lah haha

    ReplyDelete

✿ Satu Satu sayang sayang Allah
✿ Dua Dua sayang Family
✿ Tiga Tiga sayang Orang tengah comment ni
✿ 1 2 3 sayang semuanya :)