

1. Lafaz dan niat:
.
“U-shol-lii sun-na-tal haa-ja-ti rok-’a-tai-ni lil-laa-hi ta-’aa-laa.”
Daku Solat Sunat Hajat dua raka’at, kerana Allah Ta’ala.
2. Bacaan selepas Al-Fatihah
.
Rakaat pertama: Surah Al-Kafirun atau Ayat Al-Kursi (satu kali atau 11 kali)
Rakaat kedua: Surah Al-Ikhlas (sekali atau 11 kali)
“Qul huwallaahu ahad, Allaahush shamad, Lam yalid walam yualad, Wa lam yakun lahu kufuwan ahad.”
“Katakanlah : Allah itu Esa! Allah tempat meminta. Dia tidak beranak dan tiada pula diperanakkan. Dan tidak ada sesuatu pun yang setara dengan-Nya.”
.
*Sesungguhnya sebahagian daripada doa yang tidak ditolak ialah bersolat, di mana ia membaca pada setiap rakaat ‘Surah Al-Fatihah’, ‘ayat Al-Kursi’ dan ‘Qulhu wallaahu Ahad’.
3. Membaca Tasbih
.
a. Sebaik sahaja selesai solat (sesudah memberi salam), terus sujud sekali lagi danbacalah tasbih ini 41 kali:
“Laa-i-la-ha il-la an-ta sub-haa-na-ka in-ni kun-tu mi-naz-zhoo li-min.”
Tiada Tuhan melainkan Dikau (Allah)! Maha Suci Dikau! Sesungguhnya daku ini dari golongan orang yang aniaya.
b. Atau Tasbih berikut 1 kali:
4. Wirid Selepas Solat Hajat
.
Sesudah selesai menunaikan solat sunat Hajat, wiridkanlah kalimat-kalimat berikut:
.
a. Istighfar (10 / 100 kali)
“As-tagh-fi-rul-laah, Rab-bi min kul-li zan-bi wa-a-tuu-bu i-laih.”
Daku memohon ampun kepada Allah, Tuhanku, daripada segala dosa dan daku bertaubat kepada-Nya.
.
b. Zikir
“Laa-i-la-ha il-lal-laah, Mu-ham-mad-da ro-suu-lul-laah.”
Tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad utusan Allah.
.
“Allaahumma shalli ‘alaa Sayyidinaa Muhammadin wa ‘alaa aalihii Sayyidinaa Muhammadin.”
Ya Allah! Sejahterakanlah ke atas penghulu kami Nabi Muhamad SAW dan ke atas ahli keluarga penghulu kami Muhamad SAW.
.
.
5. Doa Solat Hajat
.
Teruslah memohon hajat yang dikehendaki sewaktu masih bersujud. Kemudian duduk semula dan bacalah doa berikut:

saya yang masih jelas amat naif tentang agama mencari di google cara2 untuk solat hajat , saya nak sangat hajat saya tercapai untuk mendapat result yang cemerlang dalam SPM , Insyaallah saya mula lakukan malam ni sebelum ambil result khamis ini 21/3/2013 .

Good to share this...Keep it up. Senjata paling power di dunia ini adalah doa. InsyaAllah wan sndr akan amalkan jugak dgn kerap solat hajat.
ReplyDeletehihi , insyaallah , saya sendiri sedang mencuba.
ReplyDeleteartikel menarik, terima kasih untuk perkongsian
ReplyDeleteada sedikit pesan
namamu di mimbar
http://mimbarkata.blogspot.com/2013/03/namamu-di-mimbar.html
Terima kasih sesangat \-v-/
ReplyDelete